Thursday, September 10, 2009

Dilema......



Dua hari kebelakangan ini aku rasa kurang sehat . Dan dalam dua hari inilah aku tinggal bersendirian di hostel memandangkan housemateku pulang ke rumah msg2 mgkin kerana di rumah lebih selesa untuk berpuasa kerana serba serbi tersedia. Hari ini aku habiskan masaku di hostel dgn hanya terbaring di atas katil, bila masuk waktu solat aku solat dan terus aku merebahkan diri di atas katil semula. Ya Allah, terasa seakan-akan puasaku tidak bermakna kerana aku hanya menghabiskan masa dgn terbaring di atas katil.Kepala ini terasa sgt berat seakan-akan berdenyut-denyut dan terasa badan ini lemah tak berdaya. Rasa seperti inginku tamatkan puasa utk hari ini.Tapi ,Alhamdulillah aku masih lg kuat utk meneruskannya hingga akhir waktunya. Azan maghrib mula berkumandang…. Aku berbuka seadanya sekadar menjana sedikit tenaga utk menunaikan solat magrib. Setelah selesai, aku teringat bahawa mlm ini merupakan mlm 21 ramadhan .T’ingat kata ustaz “ lailatulqadar itu terjadi di sepuluh malam terakhir yg mana ganjarannya lebih baik darpd beribadah seribu bulan.” Subhanallah!.Atas dasar itulah aku gagahkan diri ini utk ke terawih sekurg-kurgnya tidaklah mlmku ini berlalu dgn sia-sia sahaja.

Aku bersiap2 utk menunaikan terawih walaupun dalam keadaan yg agak lemah, aku gagahkan langkahanku ini menuju dewan solat. Alhamdulillah, ALLAH memberi sedikit kekuatan kpdku. Setelah selesai witir ,aku pulang ke hostel semula.Dalam perjalanan, aku melihat ada msg yg masuk . Msg tersebut berbunyi “ im,bile nak balik?? Nenek asyik tanye je bile im nak balik..nenek x brp sihat” (im adalah name pggilanku di rumah). Msg tersebt drpd mak cik ku..Sememangnya aku sgt rapat dgn nenekku kerana sewaktu kecil aku dijaga & diasuh olehnya. Tidak keterlaluan kalau aku katakan aku manja dengan nenek.Msg tersebut menyebabkan aku tidak senang duduk dan terbayang-bayang raut wajah sayup nenekku.Selang beberape minit aku menerima pggilan drpd ayahku dgn nada yg same menyuruh aku pulang kerana ade bebrape perkare pentg yg ingin dibincgkan...bunyinya agak mendebarkn hatiku.. Sudah beberape buln aku tidak pulang ke rumah memandangkn ada beberape tggungjwb dan tugasan yg lebih petg dan lebih besar maslahah nya yg perlu diselesaikan di sini. Aku terasa benar2 ingin pulang walaupun sabtu dan ahad ini ada program yg sememangnya mesti dihadiri oleh ahli gerakan islam sepertiku. Malahan aku sudah berjanji dgn sahabat2 seperjuanganku yg aku akan turut sama dlm program itu nnti. Serba salah rasanya .Setelah berfikir pjg aku mengambil keputusan utk pulang esok walaupun tiket masih belum dibeli (tawakkal je la, ade rezeki dptlh balik).

Tapi hatiku masih tetap berbelah bahagi sama ada ingin pulang atau tidak ditambah pula dgn kondisi kesihatanku yg kurang baik. Dalam keadaan berbaring aku memikirknnya smbil membuka dompet yg hanya cukup2 utk tambang. “Insyaallah cukup rasanya utk duit tambang” bisik hatiku. Dalam keadaan berbaring tersebut aku terlelap dan aku terjaga 1 jam selepas itu. Aku cuba utk bangun tetapi terase kepala ini msih lg berat dan bdan ini masih lg longlai..aku bercakp sendirian “ Ah!! Mengade-ngade je badan nie..sakit xdelah teruk sgt ..tak usah dimanjekan sgt bdan nie!!.”Lalu aku bangun dan mengemas baju utk pulang esok. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku utk menempuh hari esok dan semoga aku selamat sampai ke kampung halamanku di Johor. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang kerana jika aku tidak pulang ke kampung esok bila lg aku dapat pulang memandangkan selepas ini akan lebih banyak tanggungjwb yg mesti dilaksanakan walaupun hati kecilku ini serba salah dan sedikit cemburu dgn sahabat2 seperjuangan yg lain kerana mereka akan ke program dan sudah semestinya mereka akan dapat menggarap lebih byk pengetahuan utk terus thabat dlm perjuangan ini. Semoga aku tak salah membuat keputusan.

Wallahua'alam.

1 comment: