Monday, December 29, 2008

Warkah buat Wanita...




Wanita,
Kau dicipta bukan utk disanjungi,
Kau dicipta bukan utk disakiti,
Kau dicipta bukan utk dizalimi,
Kau dicipta bukan pemuas nafsu lelaki.

Wanita,
Dahulunya kau dihina,
Dahulunya kau dipandang rendah,
Dahulunya maruahmu tiada harganya,
Tapi...Itu dahulu,
Tatkala jahiliyyah menyelubungi kehidupan,
Tatkala manusia bertuhankan nafsunya.

Wanita,
Islam hadir menaikkan martabatmu,
Islam hadir memuliakan dirimu,
Islam hadir memprjuangkan hakmu,
Bukankah tangan yg lembut menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

Wanita,
Auratmu bukan utk dipertontonkan,
Rambutmu bukan utk ditayangkan,
Tubuhmu bukan utk diperagakan,
Maruahmu bukan utk digadaikan.

Wanita,
Tutuplah auratmu,
Selubungilah perhiasanmu,
Jagalah kehormatanmu,
Elokkanlah perilakumu.

Wanita,
Aku masih bingung seribu satu persoalan,
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka,
mengukir senyuman manismu,
meramahkan bual bicaramu,
kepada lelaki yg bukan muhrimmu.

Wanita,
Tidakkah kau tahu ,
Lelaki itu sememangnya diciptakan oleh Allah,
Dengan jiwa yg dahagakan keindahan wanita,
Tidakkah kau tahu ,
Lelaki seringkali menganggap wanita sebagai hidangannya.

Wanita,
Aku sering kali tertanya-tanya,
Mengapa terlalu mudahnya utk kau,
merelakan lelaki bukan muhrimmu menyentuhmu,
Apakah alasanmu??
Adakah kerana kau telah bertunang dgn si dia,
Ketahuilah!! Pertunangan bukan tiket utk disentuh atau menyentuh,
Pertunangan bukan tiket utk kau bebas ke hulur ke hilir.

Wanita,
Sedarlah...
Harga dirimu terlalu mahal nilainya,
Harga dirimu tak bisa dijual beli apatah lg utk digadai.

Wanita,
Peliharalah agamamu,
Pertahankanlah maruahmu,
Tajamkanlah pemikiranmu,
Teguhkanlah keimananmu.

Wanita,
Warkah ini khas utk dirimu,
Bukan utk berceramah,
Bukan utk mencari salah,
Tetapi warkah ini luahan rasa kebimbangan,
Aku juga bukan laki2 yg sempurna,
Aku juga sering kali lupa,
Aku juga ada kelemahannya,
Bersamalah bermuhasabah...

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakan kami isteri dan zuriat yg soleh yg menjadi penyejuk hati2 kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakan kami serikandi sejati dlm hidup kami ini,
Serikandi yg bisa mengingatkan kami tatkala kami lupa kepadaMu,
Serikandi yg bisa menemani perjuangan kami dlm menegakkan agamaMu,
Serikandi yg setia bersama kami mengharungi susah payah kehidupan ini.
Ya Allah ,
Ampunilah kami yg sering kali alpa dan leka,
Ampunilah dosa2 ibu kami yg telah bertarung nyawa melahirkan kami,
Ampunilah dosa2 ayah kami yg bermandi keringat membesarkan kami,
Ampunilah dosa2 guru2 kami yg telah mengajar kami mengenalMu Ya Allah,
Ampunilah dosa2 sahabat2 seperjuangan kami yg setia berkongsi suka dan duka bersama,
Ampunilah dosa2 saudara2 seagama kami.
Sesungguhnya Hanya Engkau Tempat Kami memohon Pertolongan.
Amin....

Takbir!!


Allahu Akbar!!!

Lihat ke arah Dirimu..



Lihat ke arah dirimu..

Sahabat,
sebelum kau menilai org lain
cuba nilai dirimu.
sebelum kau mencari salah org lain,
cuba cari apa salahmu.
sebelum kau tunding jari ke arah org lain,
tundinglah jari ke arah dirimu.

Sahabat,
jangan cari salah org,
Jangan cari keaiban org,
Jangan cari keburukan org,
Hitung dirimu,
Koreksi dirimu,
Muhasabahlah dirimu.

Sahabat,
siapa kita utk menghina org,
siapa kita utk menghukum org,
siapa kita utk merendahkan martabat org,
siapa kita utk tidak memaafkan org.


Sahabat,
terlalu hebatkah kita utk mencari salah org,
terlalu bijaksanakah kita utk menghukum org,
terlalu gagahkah kita utk menindas org,
terlalu baikkah kita utk tidak memaafkan org.


Sahabat,
Tanya dirimu,
Siapa yg menciptakanmu?,
Dari mana kau diciptakan?,
Apa tujuan kau dihidupkan?,
Sejauh mana amal kebaikan yg telah kau lakukan?.

Sahabat,
tepuk dada tanya imanmu,
jgn tanya nafsumu,
nafsumu terlalu sukar dilentur,
nafsumu sering kali melulu,
nafsumu sering kali menipu,
nafsumu seringkali membinasakanmu.

Sahabat,
sedarlah..
Allah lah yang menciptakanmu,
sedarlah..
engkau dicipta dr air mani yg terlalu hina,
sedarlah..
hidupmu bukanlah utk bersuka ria tetapi kau dicpta utk mengabdikan diri
kepada Tuhanmu.
sedarlah,
Amalmu terlalu sedikit dibandingkan dgn dosa-dosamu yg menggunung.


Sahabat,
Ingatlah..
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan,
Ingatlah
Allah tak memandang wajahmu,
Allah tak memandang hartamu,
Allah tak memandang kebijaksanaanmu,
Tetapi Allah melihat taqwa di dadamu.

Takbir!


Allahu Akbar!!!!!


Warkah 1430 Hijriah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pertama dan selamanya ana memanjatkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran di atas nikmat iman dan islam dimana 2 nikmat ini adalah nikmat yg paling besar dlm kehidupan seorg manusia. Tidak bererti harta kekayaan yg melimpah ruah tanpa iman di dlm hati.Tidak berguna amal kebajikan yg menggunung sedangkan hati masih lg kufur dan syirik kepada Allah. Hidup manusia ini penuh dgn cabaran...cabaran...dan cabaran..Satu cabaran berjaya ditangkis maka akan timbul lagi dua atau tiga cabaran yg lebih besar lg.Itulah perjalanan hidup insan yg sering kali diduga dan diuji oleh Tuhannya.
Renungilah Firman Allah ini:
Maksudnya:
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu secara main-main sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah,Raja Yang Sebenarnya,tidak ada tuhan selain Dia ,Tuhan Yang Mempunyai "Arasy Yang Mulia".

(Surah Al-Mu'minun; aYAT 115-116)



Sahabat2 yg dikasihi sekalian, Bersempena Sambutan Maal Hijrah 1430 hijriah pada tahun ini,ana ingin mengajak diri ana khasnya dan sahabat2 semua amnya utk bermuhasabah diri .Jadikanlah tahun 1430 hijriah ini satu titik perubahan kepada kita semua utk menjadi seorg islam yg baik,utk menjadi seorg mu'min yg benar2 beriman kpd Allah,utk menjadi seorg pelajar yg bersungguh-sungguh dlm pelajarannya, utk menjadi seorg anak yg berbakti kpd ibu bapa,utk menjadi seorg ibu dan ayah yg dpt melahirkan anak2 yg soleh,utk menjadi seorg pemimpin yg adil dan bertaqwa kepada Allah, utk menjadi seorg pekerja yg ikhlas hatinya bekerja kerana Allah,dan tidak lupa marilah kita berazam utk menjadi pejuang dan petugas dakwah yg kuat semangatnya yg mana hidup dan matinya hanya utk agama Allah.

Hijrah adalah satu peristiwa yg besar yg perlu kita hayati.Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.Yang pasti, pengorbanan yg dilakukan akan mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah Ta'ala.Hijrah mengajar kita utk menjadi seorang muslim yg lebih gigih dan kental menghadapi mehnah dan tribulasi dlm perjuangan. Perjuangan adalah satu ungkapan yg terlalu senang disebut tetapi terlalu payah utk diterjemahkan melalui perbuatan.Perjuangan adalah sesuatu yg penuh dgn rintangan dan cubaan .Hanya mereka yg benar2 kuat akan mampu melepasi satu persatu tembok kepayahan dalam perjuangan ini. Marilah kita berdoa agar diberikan kekuatan utk terus berjuang utk agama Allah ini.

Ya Allah, Tuhan yg Maha Bijak sana,Tuhan Yg Maha Perkasa... Ya Allah, pada tahun 1430 hijrah ini kami memohon kepadaMu kau berilah kami kekuatan dan semangat utk kami terus berjuang di jalan perjuangan ini .Ya Allah jadikanlah tahun 1430 hijrah ini membuka satu lembaran baru dlm hidup kami dan menjadi satu titik permulaan utk diri kami berubah dari segala keburukan kepada kebaikan.Jadikanlah tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya.

Kami sedar Ya Allah, kami telah byk melakukan dosa spjg hidup kami. Kami sering kali lupa akan tanggung jawab kami sebagai seorg muslim, kami sering kali lupa utk meneruskan perjuangan Rasulullah utk menegakkan islam.Kami mengaku beriman kepada mu tetapi kami sering kali melakukan dosa.Kami percaya bahawa kematian itu adalah benar tetapi kami masih lagi bersenang lenang tanpa bersedia utk menghadapinya. Kami mengakui Rasulullah sebagai utusan Allah tetapi kami tidak mengamalkan sunnah baginda.Kami mengakui seluruh umat islam adalah saudara kami tetapi kami masih lagi bergelak ketawa tatkala saudara2 kami di palestin,afghanistan,iraq dan di seluruh pelusuk dunia sedang mengalir air mata dan bersedih kerana kehilangan harta dan keluarga mereka akibat drpd kekejaman tentera zionis .Sesungguhnya kami ini hambaMu yg terlalu lemah Ya Allah. Ya Allah ya tuhan kami,kau turunkanlah bantuanMu kepada seluruh umat islam agar kami tetap kuat menghadapi ancaman kufar yg tidak henti2 merancang utk menghancurkan umat islam.


Ya Allah , tetapkanlah hati kami utk terus berjuang di jalanMu. Ya Allah,terkadang kami bersemangat utk memperjuangkan agama Mu,tetapi pabila satu cabaran menerjah kami ..semangat kami mula patah,hati kami mula goyah.Kami ini terlalu lemah Ya Allah,bantulah kami!tuntunilah kami!bimbinglah kami! agar kami tak lupa matlamat hidup kami utk perjuangan islam.Ya Allah, kami ingin menjadi sehebat Bilal Bin Rabah,yg kental imannya dan gah semangatnya dlm mempertahankn keimanannya. Ya Allah,kami ingin menjadi pemuda segagah Usamah Bin Zaid yg tatkala usianya begitu muda sudah mampu mengetuai angkatan perang.Ya Allah kami ingin menjadi pemuda yg sehebat Muhammah Al-Fatih yg tatkala usianya 23 tahun sudah mampu membebaskan kota Constantinople. Ya Allah,kami malu pada Mu..Seandainya ditakdirkan kami mati pd hari ini.Apa yg mampu kami persembahkan kepadaMu Ya Allah..Amal kebajikan kami terlalu sedikit jika dibandingkan dgn dosa dan kemaksiatan yg telah kami lakukan kepadaMu Ya ALLAH.


Ya Allah,berilah kami peluang utk memperbaiki diri ini.Berilah kami kesempatan utk kembali bertaubat kepadaMu.Ampunkanlah kesalahan dan keterlanjuran kami .Ampunilah kesalahan ibu bapa kami,guru-guru kami,sahabat2 seperjuangan kami,serta saudara-saudara seagama dgn kami. Kau tautkanlah hati2 kami ini agar ikatan ukhuwwah antara kami akan berkekalan. Kau kukuhkanlah rasa cinta dan kasih antara kami agar kami tetap berada dlm satu barisan demi memperjuangkan agamaMu yg suci ini Ya Allah.Kami serahkan hidup dan mati kami pada jalanMu.Ya,Allah ya tuhan kami,mudah-mudahan perjuangan kami yg terlalu sedikit ini dapat membantu kami menjawab soalan mungkar dan nakir,dapat melepaskan kami dari seksaan kubur yg maha dahsyat.Mudahan-mudahan perjuangan kami yg sedikit ini dapat menjadi peneman kami tatkala kami keseorangan di dalam kubur yg gelap gelita itu. Sesungguhnya kami tidak layak utk memiliki syurgaMu tetapi kami tak berdaya untuk menahan azab api nerakaMu yg Maha pedih itu Ya Allah. Ampunkanlah kami...Ampunkanlah kami...Wahai Tuhan yg Maha Penerima Taubat.
Amin ya Rabbal A'lamin.

Takbir!!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!