Friday, May 8, 2009

Ragut…Ragut….dan Ragut…


Wktu itu menunjukkan pukul 1.30 pg, tatkala itu aku sedang memerah otak menyiapkan assignmentku yg mesti dihantar mggu depan dengan ditemani lap top kesanyanganku yg sememangnya sgt berjasa biarpun keupayaannya mula berkurangan..hehe..org kate" nak mintak tukar baru tuu!” hehe.. Yang pentg lap top ini mampu membantu aku menyiapkan segala tugasanku ini..Aku juga ditemani oleh tv yg kubiarkan on walaupun tumpuanku 80% kepade assignment yg tercinte ini..huehue..

Sedang khusyuk aku memerah otak utk menyiapkan setiap task assignmentku itu, tiba2 tumpuanku terarah kepada siaran ulangan Malaysia Hari Ini yg di hoskan pleh Ally Iskandar & Wardina. Aku sangat terkesan dgn topik perbincangan mereka berkenaan kes ragut baru2 ini..

06/05/2009 5:42pm

KOTA BAHARU 6 Mei — Selepas seorang wanita mengandung maut di tangan peragut di Johor Ahad lalu, satu lagi kes kematian yang disebabkan oleh angkara peragut yang turut melibatkan wanita mengandung berlaku di Kelantan hari ini.

Dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh di sini, Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok yang mengandung tiga bulan maut selepas diragut oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdulah berkata kejadian berlaku selepas mangsa yang sedang menunggang motosikal telah diragut beg tangannya sehingga menyebabkan motosikalnya terbabas dan jatuh.

Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi ini, katanya.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menunggang motosikal bersendirian untuk ke rumah ibunya di Tumpat. - Bernama

Setelah aku meneliti topik tersebut , tiba2 timbul rasa marah, sakit hati, benci , rasa nak rembat je muka peragut tuu ( bahase aku mase zmn skh dulu,mase tuu jahil lg).. Siapapun akan rasa geram dan marah terhadap perlakuan yg tidak berperi kemanusiaan itu. Bayangkanlah, ibu yg sedang sarat mengandung menjadi mangsa kekejaman peragut2 yg durjana ini.Bukan sahaja ibu tersebut terkorban malah anak yg tak berdosa dlm kandungan itu juga turut terkorban..Sangat Kejam!!!Apa tindakan pihak berkuasa?? Seharusnya rondaan dan pemantauan perlu lebih kerap dijalankan..Bukanlah aku maksudkan polis tak buat kerja.Cuma tindakan perlu lebih agresif bagi memburu dan memberkas kacang-kacang hantu yg melakukan kerja meragut ini.

Timbul juga di benak fikiran ku ini, Adakah mereka2 yg bergelar peragut professional ini tak takut akan undang2?? Atau mereka sudah terdesak sehingga sanggup membunuh semata-mata untuk mendapatkan wang?? Ape kejadahnya semuai ini!!! Cewah…mcm Wan Kamaruddin pengacara Edisi Siasat NTV7 dulu..hehe..Aku berpendapat bahawa sudah tiba masanya Malaysia mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya dlm pemerintahan Negara ini.

Contoh yg sgt mudah, jika kita beli mesin basuh, kita akan dapat satu manual book yg menerangkan" how to use this washing machine"..alamak! terspeaking plak..hehe..baru nak belajar..so, manual book tersebut akan membantu dan mengajar kita bagaimana utk menyelenggara & menggunakan mesin basuh tersebut..Nah!!Begitu juga dgn manusia, Allah mencipta manusia dan Allah telah memberi manusia satu manual book yg dipanggil AL-QURANULKARIM. Yang mana di dalamnya terkandung arahan,tegahan, undang-undang yg akan memacu hidup manusia ke arah kecemerlangan dan kemakmuran kerana “Hanya Jauhari Yg Mengenal Manikam”.Maka , semestinya manusia perlu mematuhi segala "rules and regulations" yg telah ditetapkan oleh Sang Penciptanya. Senang cerita , sudah tiba masa nyer kite ini kembali menerima dan mengamalkan hukum yg ditetapkan Allah Taala kepada makhluknya..Allah sebagai Al-Khaliq maka sudah semestinya Dia Maha Mengetahui hukuman dan pengajaran yg sewajarnya sebagai hukuman kepada hambanya yg berdosa.Ayuh kita kembalikan kegemilangan Islam!! InsyaAllah… Akhir kate.." Marilah Membangun Bersama Kepimpinan Ulama'!! "

Wallahua'alam.

Ya Allah. engkau berikanlah hidayah kepada peragut2 itu semoga mereka insaf dan bertaubat kepadaMu.Engkau berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga mangsa ragut agar mereka redha terhadap ujian Mu ini. Ya Allah!! Engkau cucurilah rahmat ke atas roh ibu2 yg menjadi mangsa ragut tersebut..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hambaMu yg soleh.. Amin....

Al- Fateha...


No comments:

Post a Comment