Thursday, May 7, 2009

Gelisah Hati Ini....

Assalamualaikum..

Sudah lame rasenyer tidak menjenguk ke ruangan ini..

Tiba2 aku terasa ingin menulis sesuatu…

Sejak kebelakangan ini aku sukar utk melelapkan mata.Fikiran ku bercelaru, aku terlalu takut utk memikul tanggungjawab itu.Aku hanya memendam perasaan ini tanpa aku luahkan kepada sesiapa pun.Aku serik utk mencerita kan kpd si biru,yg selama ini sering memberi jawapan yg mengecewakan.Mungkin aku tak sehebat biru yg ilmunya tinggi, ideanya yg sering menjadi tumpuan.Aku akui, aku amat mencemburui si biru yg gigih mencari mutiara ilmu.

Aku sering kali terfikir, mengapa aku diberi amanah ini, bukankah si biru lebih layak drpd aku.Aku terlalu takut utk mengepalai perjuangan ini.Tiba2, air mataku mengalir..aku takut jika aku gagal memikul amanah yg dipikulkan kepd diriku ini.Aku rasa seperti ingin lari drpd perjuangan ini. Astagfifurullahalazim….ape yg aku fikirkan ini..sememangnya syaitan menguasai pemikiranku..

Aku cuba tenangkan diri ini, aku teringat kata2 sahabatku” islam tak perlukan kita, tapi kita yg perlukan islam sebagai medium perjuangan dan penyuluh kehidupan kita.Tiada cuti dalam islam!!” “Ingat!!kita ini sebagai tapak kpd perjuangan ini dan kita baru saje ingin meletak batu asas perjuangan ini.Tiba2 aku tersentak…semangatku sedikit pulih.kata2 itu sgt menusuk kotak fikiranku yg buntu dan bercelaru.Oh Tuhan..aku ini lemah,aku tak kuat, bantulah aku tuhan…pulihkan kekuatanku..tolonglah aku ya ALLAH..hatiku meronta..

Aku masih lg tak mampu melelapkan mate kerana diulit ketakutan, gementar utk aku menempuh hari esok yg menjanjikan ujian yg lebih besar lg. Aku teringt akan sahabatku itu, yg hampir seluruh masenyer dihbeskan utk perjuangan.Dia tak pernah mengeluh jika tenaganyer diperlukan utk perjuangan.Campaklah di mana sahaja, maka pasti dia akan menjalankn amanah itu dgn baik, kerjanya, dan masanya diperuntukkan utk islam biarpun dlm keadaan lapang atau sempit bahkan dlm keadaan berduit atau tidak.Air mataku terus mengalir, aku tak mampu utk menjadi pejuang sepertinya. Aku tiada tempat utk meluahkan kegelisahan ini..Disebalik kegilaan dan gelak tawaku ini tiada siapa yg tahu betapa takutnya diri ini utk meneruskan perjuangan menegakkan risalahMu.Aku redha Ya ALLAH akan ketetapanmu ini..malah aku bersyukur kerana kau telah memilihku dlm perjuangan ini…

Takbir!!!!!!!!!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

2 comments:

  1. Salam...

    Teruskan perjuangan akhi!.

    Benarlah apa yang dikatakan itu
    "Islam tak memerlukan kita, sebaliknya kitalah yang memerlukan Islam!"

    Ikhlaskan diri kerana Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  2. "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantumu.." (Muhammad:7)

    ReplyDelete