Thursday, January 1, 2009

Nukilan Buat Sahabatku...









Sahabatku,

Perjuangan ini sememangnya sarat dgn seribu satu kepayahan,
Perjuangan ini sememangnya berintikan duri2 dugaan,
Akan ada di hadapan sana mereka2 yg akan menghalang perjuangan ini,
Akan ada di hadapan sana mereka2 yg cuba meruntuhkan roh perjuangan ini.


Sahabatku,
Biar seribu satu kepayahan,
Biar seribu satu halangan dan cabaran,
Biar berjuta sekalipun musuh yg mendatang,
Kita akan tetap bersama meneruskan perjuangan ini,
Kita akan tetap bersama mengharungi kepayahan ini.


Sahabatku,
Bukankah kita telah berbaia'h,
Bahawa hidup dan mati kita utk perjuangan ini,
Kita akan sentiasa bersama umpama saudara,
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dlm perjuangan ini.


Sahabatku,
Biarlah org mencemuh kita kerana kita memilih perjuangan ini,
Biarlah org membenci kita kerana kita istiqamah dlm perjuangan ini,
Biarlah org dengan kata2 mereka,
Mereka tiada kuasa apa,
Yang berkuasa hanya Dia Yang Maha Esa.
Pandangan Allah lebih utama drpd pandangan sinis mereka.


Sahabatku,
Adakalanya pandangan kita bercanggah,
Adakalanya idea kita berbeza,
Adakalanya marah kita tak semena-mena,
Adakalanya hati kita terluka,
Walau apapun terjadi kau tetap sahabatku.


Sahabatku,
Marahku padamu bukan kerana diri ini membencimu,
Tapi marahku padamu adalah kerana aku mengasihimu,
Teguranku padamu bukan teguran utk menjatuhkanmu,
Tapi teguranku itu utk memperingatkanmu bahawa matlamat kita adalah satu.


Sahabatku,
Ukhuwwah yg terbina antara kita ini akan menjadi saksi,
Kasih sayang antara kita ini akan menjadi bukti,
Ianya menjadi saksi dan bukti perjuangan kita,
Perjuangan utk mensyariatkan agama Allah.



Sahabatku,
Nukilan ini terjemahan hatiku buat dirimu,
Nukilan ini peringatan utk diriku dan dirimu,
Andainya aku pergi terlebih dahulu,
Biarlah coretan ini menjadi kenangan persahabatn antara kita,
Yang pasti kau tetap sahabatku.......





Takbir!!


Allahu Akbar!!!!!!!


1 comment: