Tuesday, January 20, 2009

Ayah...Ibu.....





Ayah...Ibu...
Ampunkan aku,
Maafkan aku di atas segala keterlanjuranku,
Seringkali hatimu terluka dek sikapku,
Seringkali air matamu mengalir dek kata2 ku,
Anak semacam apakah aku ini??


Ayah..Ibu..
Ampunkan aku jika kau merasakan aku melupakanmu,
Maafkan aku jika kau merasa aku sudah tidak mempedulikanmu,
Jauh di sudut hatiku ini aku sangat menyayangimu,
Jauh di benak fikiranku ini aku amat merinduimu.

Ayah..Ibu..
Maafkan aku kerana aku memilih jalan perjuangan ini,
Aku telah berjanji pada agamaku utk memperjuangkannya,
Biarpun aku dibenci tetapi aku tetap akan menempuh jalan ini,
Biarpun aku dimaki dan dicaci namun pilihanku tetap jalan ini.

Ayah..Ibu..
Aku kini bukan lg anakmu yg seperti dahulu,
Aku bukan lagi anakmu yg cuti semesternya hanya duduk di rumah,
Aku bukan lagi anakmu yg hidupnya tanpa arah,
Aku bukan lg anakmu yg matlamat hidupnya hanya ingin menjadi org berjaya,
Aku kini memilih jalan perjuangan ini,
Perjuangan yg tiada had masanya,
Perjuangan yg tiada waktu cutinya.


Ayah..Ibu..
Aku amat menyayangimu,
Tak pernah sekali aku melupakanmu,
Doaku sentiasa bersamamu,
Aku rindukan hangat dakapanmu,
Aku dambakan halus sentuhanmu.
Aku rindu utk mendengar omelanmu kepadaku,
Aku rindu utk menjamah enak masakanmu.

Ayah..Ibu..
Hanya satu harapanku,
Redhakanlah aku dalam perjuangan ini,
Restuilah aku dengan iringan doamu,
Agar aku tak goyah,
Agar aku tak lemah,
Agar semangatku tak patah,
Untuk meneruskan perjuangan ini.



Ayah..Ibu..
Ampunkan dosaku,
Maafkan keterlanjuranku,
Halalkan makan minumku,
Doakan aku agar diri ini tetap istiqamah dlm perjuangan ini.



Ayah..Ibu..
Jika ditakdirkan aku dipanggil oleh Illahi,
Jangan pernah sekali kau menangisinya,
Jangan pernah sekali kau meratapinya,
Itullah janji Sang Pencipta,
Pabila datang ajal seseorang maka takkan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat,
Iringilah pemergianku dgn kalungan doa,
Mudah-mudahan ia menjadi penemanku di sana,
Walau apapun yang terjadi,
Cinta dan kasih sayangku kepadamu tak pernah berubah,
Terma Kasih Ayah...Terima Kasih Ibu....
Terima Kasih di atas segala-galanya..

Takbir!
ALLAHU AKBAR!!!!

Thursday, January 1, 2009

Nukilan Buat Sahabatku...









Sahabatku,

Perjuangan ini sememangnya sarat dgn seribu satu kepayahan,
Perjuangan ini sememangnya berintikan duri2 dugaan,
Akan ada di hadapan sana mereka2 yg akan menghalang perjuangan ini,
Akan ada di hadapan sana mereka2 yg cuba meruntuhkan roh perjuangan ini.


Sahabatku,
Biar seribu satu kepayahan,
Biar seribu satu halangan dan cabaran,
Biar berjuta sekalipun musuh yg mendatang,
Kita akan tetap bersama meneruskan perjuangan ini,
Kita akan tetap bersama mengharungi kepayahan ini.


Sahabatku,
Bukankah kita telah berbaia'h,
Bahawa hidup dan mati kita utk perjuangan ini,
Kita akan sentiasa bersama umpama saudara,
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dlm perjuangan ini.


Sahabatku,
Biarlah org mencemuh kita kerana kita memilih perjuangan ini,
Biarlah org membenci kita kerana kita istiqamah dlm perjuangan ini,
Biarlah org dengan kata2 mereka,
Mereka tiada kuasa apa,
Yang berkuasa hanya Dia Yang Maha Esa.
Pandangan Allah lebih utama drpd pandangan sinis mereka.


Sahabatku,
Adakalanya pandangan kita bercanggah,
Adakalanya idea kita berbeza,
Adakalanya marah kita tak semena-mena,
Adakalanya hati kita terluka,
Walau apapun terjadi kau tetap sahabatku.


Sahabatku,
Marahku padamu bukan kerana diri ini membencimu,
Tapi marahku padamu adalah kerana aku mengasihimu,
Teguranku padamu bukan teguran utk menjatuhkanmu,
Tapi teguranku itu utk memperingatkanmu bahawa matlamat kita adalah satu.


Sahabatku,
Ukhuwwah yg terbina antara kita ini akan menjadi saksi,
Kasih sayang antara kita ini akan menjadi bukti,
Ianya menjadi saksi dan bukti perjuangan kita,
Perjuangan utk mensyariatkan agama Allah.



Sahabatku,
Nukilan ini terjemahan hatiku buat dirimu,
Nukilan ini peringatan utk diriku dan dirimu,
Andainya aku pergi terlebih dahulu,
Biarlah coretan ini menjadi kenangan persahabatn antara kita,
Yang pasti kau tetap sahabatku.......





Takbir!!


Allahu Akbar!!!!!!!